Op Daulat Memasuki Fasa Stabilkan Keadaan - Panglima Angkatan Tentera

Diterbitkan: Selasa, 2 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Selepas 28 hari dilancarkan, Operasi Daulat yang membabitkan gerakan ofensif disusuli penggeledahan dan pembersihan kini memasuki fasa untuk menstabilkan keadaan.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata fasa ketiga yang bermula semalam itu memfokuskan kepada usaha membina keyakinan rakyat terhadap keadaan keselamatan secara keseluruhan.

Beliau berkata ia juga memfokuskan usaha memudahkan pemindahan penduduk dari pusat-pusat kediaman ke rumah masing-masing, dengan anggota keselamatan turut mendiami kawasan kampung.

"Kita memberi jaminan bahawa pasukan keselamatan akan membantu mereka sehingga yakin untuk melakukan aktiviti harian seperti sebelum ini dan untuk itu, unit-unit dan anggota keselamatan akan berkampung bersama penduduk.

"Dalam fasa ketiga ini, tugas ATM ialah mendampingi dan tinggal bersama penduduk tempatan dan membantu seboleh yang mungkin untuk pastikan kehidupan mereka berlangsung seperti mana sebelum berlakunya pencerobohan," katanya pada sidang akhbar di markas operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini, Selasa.

Zulkifeli berkata selain mendiami kampung berkenaan, rondaan bersama melibatkan anggota polis juga akan dibuat membabitkan penggunaan kenderaan berperisai.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata dua daripada empat pusat pemindahan sementara iaitu Fajar Harapan dan Gemala Puri ditutup secara rasmi semalam, diikuti Cenderawasih dan Embara Budi hari ini.

Berikutan kepulangan penduduk ke rumah masing-masing, Zulkifeli berkata Sekolah Kebangsaan Fajar Harapan dan Sekolah Kebangsaan Tanjung Labian yang ditutup sebelum ini akan beroperasi semula mulai Isnin.

Katanya, perkara itu dipersetujui bersama Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abd Ghafar Mahmud yang kebetulan melawat Sekolah Kebangsaan Fajar Harapan pagi tadi.

"Kami memutuskan kedua-dua sekolah akan dibuka semula. Ibu bapa dan murid-murid digalakkan ke sekolah untuk membantu pihak pengurusan membersihkan sekolah masing-masing sebelum dibuka semula Isnin ini," katanya.

Ditanya apakah hala tuju Operasi Daulat setelah pusat pemindahan ditutup dan sekolah-sekolah dibuka, Zulkifeli berkata walaupun operasi diperlahankan, kekuatan anggota tentera akan dikekalkan dengan tumpuan beralih kepada pengoperasian Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) yang baru ditubuhkan.

Beliau berkata usaha menjejaki saki-baki pengganas tetap diteruskan walaupun pasukan keselamatan yakin mereka kini tidak lagi berada di dalam kawasan operasi.

"Usaha menjejak pengganas yang kini kurang daripada 10 orang diteruskan menerusi perisikan dan kita percaya besar kemungkinan mereka tidak lagi berada di dalam kawasan Operasi Daulat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan