Nilai Secara Waras Ketika Pilih Kerajaan Agar Negara Terus Stabil - Dr Mahathir

Diterbitkan: Selasa, 2 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rakyat Malaysia perlu menilai secara waras parti mana yang hendak dipilih pada pilihan raya bagi memastikan negara terus stabil.

Beliau berkata di Malaysia kini ada sistem dua parti, iaitu parti memerintah yang berbilang kaum dan berkongsi kuasa selama 55 tahun serta parti yang mencabar, juga mengamalkan perkongsian kuasa.

"Persoalannya, siapa yang layak memerintah negara ini? Saya buat penilaian (parti memerintah) yang sedia ada lebih faham konsep perkongsian daripada yang mencabar (pembangkang)," katanya semasa berucap pada Forum Kepimpinan Pendidikan 2013 anjuran Majlis Pengetua Sekolah Malaysia Selangor, Jabatan Pelajaran Selangor dan Majlis Guru-Guru Besar Selangor di sini, Selasa.

Lebih 1,400 orang hadir pada acara yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor itu.

Dr Mahathir berkata pakatan pembangkang masih tidak sepakat dan bercanggah pendapat antara satu sama lain, sebaliknya parti memerintah telah bekerjasama selama 55 tahun serta faham masing-masing perlu melakukan pengorbanan untuk kesejahteraan negara. Beliau melahirkan kebimbangan Malaysia akan berdepan masalah jika parti politik dari pakatan pembangkang memerintah negara ini kerana kerajaan baharu biasanya tidak akan mengekalkan dasar kerajaan sekarang selain ingin menunjukkan kebolehan mencipta dasar sendiri.

Misalnya, mereka mungkin akan menukar dasar Wawasan 2020 bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju, sedangkan hanya tinggal tujuh tahun lagi untuk mencapai sasaran, dan menggantikan ia dengan wawasan baharu, kata beliau.

Dr Mahathir berkata menukar kerajaan sedia ada kepada kerajaan baharu juga tidak semestinya akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik kerana kerajaan baharu yang memerintah tidak semestinya lebih bersih atau lebih baik daripada kerajaan sebelumnya.

Tidak semestinya kerajaan pengganti tidak akan mengamalkan rasuah kerana mereka mungkin hanya bersih pada peringkat permulaan pemerintahan tetapi apabila telah merasai kenikmatan berkuasa, tidak mustahil mereka juga akan rasuah atau lebih rasuah daripada kerajaan sebelumnya, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan