Lahad Datu: Op Daulat Diteruskan Walau PRU Diadakan Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan: Selasa, 2 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Operasi Daulat akan tetap diteruskan bagi membina keyakinan penduduk tentang aspek keselamatan walaupun wujud kemungkinan Parlimen dibubarkan dan pilihan raya umum (PRU) ke-13 diadakan dalam tempoh terdekat.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata operasi ini memerlukan pasukan keselamatan untuk terus bersiap siaga di Pantai Timur Sabah sehingga tahap keselamatan di paras tertinggi dan saki-baki penceroboh militan Sulu dihapuskan.

"Kita tidak tahu bila PRU. Di pihak kita, tugas menjaga keselamatan kampung-kampung yang terlibat adalah menjadi keutamaan.

"Ini termasuk anggota kita ditempatkan dan berkampung di kawasan rumah penduduk," katanya dalam sidang media yang turut dihadiri Timbalan Pengarah 1 Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman, Datuk Abd Rahman Hussin.

Beliau berkata selain menambah anggota yang ada, aset juga dikekalkan di kawasan operasi dan kawasan kampung yang telah dikenal pasti sebelum ini bagi menambah kekuatan pasukan keselamatan.

Zulkifeli berkata Operasi Daulat juga akan diteruskan sehingga Kawasan Keselamatan Khas Sabah Timur (ESSCOM) dilaksanakan sepenuhnya.

Mengenai operasi Daulat di Felda Sahabat, beliau berkata operasi itu berada di peringkat ketiga iaitu di tahap menstabilkan keadaan keselamatan.

"Operasi ini bermula dari tahap satu iaitu ofensif dengan pasukan keselamatan membanteras penceroboh kemudian kepada tahap dua iaitu penggeledahan iaitu mencari pengganas tersebut," katanya.

Isnin lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Zon Selamat Sabah (ESSZONE), yang meliputi 10 daerah sebagai landasan perundangan bagi penubuhan ESSCOM.

Daerah berkenaan ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Zulkifeli turut mengumumkan Sekolah Kebangsaan Tanjung Labian dan Sekolah Kebangsaan Fajar Harapan, yang ditutup kerana berada di zon merah operasi Daulat, akan dibuka Isnin ini.

Keputusan itu dibuat setelah pihaknya mengadakan perbincangan melalui telefon dengan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, yang turut melawat Sekolah Kebangsaan Fajar Harapan hari ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan