Jakim Digesa Ambil Tindakan Terhadap Khairul Fahmi - Syed Ali

Diterbitkan: Selasa, 2 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) digesa supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda PAS, Khairul Fahmi Mat Som yang bertindak biadab membuat kenyataan mengaitkan video seks, Nabi Muhammad SAW dan Umno menerusi laman Twitternya, Rabu lalu.

Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata tindakan undang-undang perlu diambil terhadap Kahirul Fahmi kerana perbuatannya itu dilakukan dalam keadaan sedar dan bermotifkan politik.

"Jika pengamal ajaran sesat dan mereka yang mengaku dirinya sebagai Nabi boleh dikenakan tindakan undang-undang terrmasuk dipenjarakan, maka Khairul Fahmi juga tidak sepatutnya dibiarkan bebas.

"Umat Islam diseluruh dunia tidak boleh berdiam diri melihat kecelaruan akidah yang disesatkan oleh sesetengah pihak yang memperalatkan agama untuk kepentingan politik," tegasnya.

Beliau berkata, kenyataan tersebut yang tersebar secara meluas dilihat berniat jahat dan mencemarkan kemuliaan dan kedudukan Nabi Muhammad sebagai utusan Allah dan Nabi serta Rasul akhir zaman.

"Khairul Fahmi juga seolah-olah sengaja mencari populariti dengan mengeluarkan kenyataan yang menghina penganut agama Islam di seluruh dunia," katanya.

Justeru beliau turut mencabar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar mengenakan tindakan tegas terhadap Khairul Fahmi.

Sementara itu, Syed Ali mendakwa ahli PAS di peringkat akar umbi mula mengambil sikap 'undi senyap' sebagai protes terhadap penyelewengan agama yang dilakukan pemimpin parti itu.

Dakwanya, kebimbangan tersebut disuarakan oleh beberapa pemimpin kanan parti itu yang jelas menggambarkan kekecewaan mereka terhadap perjuangan PAS yang telah jauh terpesong daripada matlamat asalnya.

"Ramai ahli PAS berasa dukacita dan kesal kerana penyelewengan agama dilakukan secara sewenang-wenangnya oleh pemimpin PAS termasuk daripada Dewan Pemuda PAS," dakwanya.

Pada Isnin, Khairul Fahmi menegaskan kenyataannya di laman Twitter minggu lalu tidak bersifat menghina Nabi Muhammad SAW, sebaliknya disalah tafsir oleh beberapa akhbar.

Menurutnya, budaya fitnah politik sehingga menyabitkan skandal seks pemimpin merupakan perbuatan golongan munafik dan berlaku sejak dahulu lagi.

"Membaca cerita golongan munafik agama zaman Baginda yang tidak mengenal erti suci dan maruah diri walaupun terhadap Nabi yang maksum inilah yang mendorong saya meyakini bahawa budaya politik kotor adalah kerja musuh agama bukan hanya musuh dalam politik," katanya menerusi satu kenyataan media pada Isnin.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan