Azizan Harap Tidak Berlaku Pertembungan Antara Parti Dalam Pakatan Pembangkang di Kedah

Diterbitkan: Selasa, 2 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berharap tidak berlaku pertembungan antara parti-parti dalam pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) di Kedah nanti.

"Perundingan (nama calon) masih berjalan di peringkat tertinggi...Saya harap ia boleh diselesaikan secepat mungkin sebelum hadapi PRU, kalau ada tak puas hati, bagi puas la, saya tak mau kacau rumah orang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada sekolah-sekolah Tamil di sini, Selasa.

Beliau berkata perkara itu pernah berlaku pada PRU 2008 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Derga yang membabitkan calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Azizan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik semalam bahawa pertembungan tiga penjuru di kawasan Parlimen dan DUN di Kedah pada PRU nanti mungkin akan berlaku.

Ini berikutan tindakan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan nama calon PKR bagi Parlimen Alor Setar pada Ahad, sedangkan DAP berkeras mahu bertanding di situ.

Difahamkan DAP turut berminat dengan beberapa kerusi DUN dan Parlimen yang ditandingi PKR pada PRU 2008.

Pada pilihan raya umum lalu, kedua-dua calon PKR dan DAP, Cheung Khai Yan dan Teoh Teik Guan dikalahkan calon BN, Dr Cheah Soon Hai. Cheung mendapat 6,353 undi, Teoh (2,095) manakala Dr Cheah (6,516).

Sementara itu, Azizan berkata PAS Kedah akan menerima sesiapa sahaja calon yang diputuskan pucuk pimpinan parti itu di peringkat pusat.

"Kita terima siapa (calon) yang pusat bagi, kalau pusat tak dak (tiada)calon baru kita bagi, kadang-kadang orang tak faham kata kita dok atur.

"Contoh macam di Baling, selepas Ustaz Taib (Anggota Parlimen Baling Datuk Taib Azamudden Md Taib) sakit, kita setuju dengan beberapa nama dan hantar ke Kuala Lumpur dan dipersetujui, tapi di saat akhir berubah," katanya.

Anggota Majlis Tertinggi PAS hari ini sebulat suara bersetuju menamakan bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad sebagai calonnya menggantikan Taib Azamudden di Parlimen Baling.

Keputusan itu diumumkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan Taib Azamudden mengalami masalah kesihatan dan terpaksa berundur pada PRU akan datang. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan