22 Kerusi DUN Kedah Berpihak Kepada BN - Ahmad Bashah - Berita Semasa | mStar

22 Kerusi DUN Kedah Berpihak Kepada BN - Ahmad Bashah

Diterbitkan: Selasa, 2 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Sebanyak 22 daripada 36 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah kini dilihat 'putih' kepada Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Enam lagi kawasan dikategori 'kelabu putih' kepada BN, dan parti komponen itu boleh menang di 28 kerusi DUN untuk merampas kembali Kedah dengan majoriti dua pertiga. Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata bagi kawasan Parlimen, BN Kedah menyasar 11 kerusi daripada 15 kawasan, iaitu tujuh dikategori 'putih' dan empat 'kelabu putih'.

"Kita percaya pengundi yang berstatus atas pagar akan memihak kepada kita setelah apa yang telah kerajaan BN (Persekutuan) buat selama lima tahun ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Jelajah Gelombang Biru Parlimen Kuala Kedah pada Selasa.

Untuk rekod, bagi membentuk kerajaan negeri memerlukan 19 kerusi DUN bagi majoriti mudah, dan 24 kerusi untuk majoriti dua pertiga.

Ahmad Bashah berkata secara keseluruhan, peratusan pengundi kaum India yang menyokong BN boleh mencapai 85 peratus manakala pengundi kaum Cina pula disasar sekurang-kurangnya 40 peratus.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pada PRU13, nama calon bertanding akan diumum seminggu lebih awal berbanding sehari sebelum penamaan calon sebelum ini.

"Antara kelebihan penamaan calon diumum lebih awal ialah calon boleh memperkenalkan diri dan beramah mesra dengan orang ramai serta tidak ada sesuatu (masalah) di sebalik penamaan calon itu sendiri," katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Bashah meminta petugas melipatgandakan usaha di pusat daerah mengundi bagi memastikan pengundi di kawasan mereka seramai mungkin menyokong BN. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan