Tuisyen Percuma Edunation Secara Online Beri Manfaat Kepada Pelajar

Diterbitkan: Isnin, 1 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Edunation Sdn Bhd, organisasi sukarela swasta, melancarkan revolusi pendidikan dikenali "Edunation', untuk memberi peluang kepada pelajar Malaysia untuk akses kepada pembelajaran percuma secara online, khususnya kepada pelajar miskin dan di kawasan luar bandar.

Pengasas Edunation, Edmond Yap berkata Edunation berobjektif mengubah cara pelajar belajar, dengan mendorong mereka menentukan cara mereka belajar daripada hanya bergantung kepada apa yang diajar di sekolah.

"Berjuta-juta pelajar sedang berdepan kesukaran dalam pembelajaran di sekolah-sekolah ketika ini dan ramai yang memerlukan tuisyen untuk lulus. Malangnya banyak ibu bapa tidak mampu membayar tuisyen untuk anak mereka.

"Jadi dengan menyenaraikan semua sukatan pelajaran sekolah di Malaysia secara online, percuma untuk digunakan, kami cuba memperkasakan setiap pelajar di Malaysia, sama ada kaya atau miskin, untuk cemerlang di sekolah," katanya pada pelancaran program itu di sini pada Isnin.

Beliau berkata program itu juga menyediakan latihan dan ujian secara online kepada pelajar untuk membolehkan mereka berlatih membuat kefahaman mengenai subjek yang diajar. "Pelajar boleh melihat, belajar dan mengulang kaji sebanyak bab yang mereka inginkan, mereka boleh berlatih membuat kefahaman mengikut kesesuaian mereka dan juga berbual dengan sesiapa sahaja di Malaysia, ibu bapa, guru, sukarelawan dan rakan pelajar untuk mencari jawapan," kata Yap.

Program itu hasil usahasama Khan Academy dan Brickfields Asia Collage dan program itu termasuk pengajaran melalui video secara online bagi matematik, sains, ekonomi, perakaunan dan bahasa seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Terdapat 40 tutor terbabit dalam program itu dan turut mendapat sokongan selebriti Malaysia seperti vokalis Alleycats Datuk David Arumugam dan model Amber Chia. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan