Rais Ingatkan Penduduk Luar Bandar Jangan Terlibat Eksperimen Dakwat Kekal

Diterbitkan: Isnin, 1 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat, khususnya di kawasan luar bandar diminta berwaspada dan menolak sekiranya ada pihak mendakwa ingin mengajar bagaimana menggunakan dakwat kekal menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim ketika memberikan ingatan itu berkata langkah eksperimen atau percubaan dakwat kekal bukan aktiviti sahih yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau dibenarkan di sisi undang-undang pilihan raya.

Katanya sekiranya dakwat yang digunakan dalam eksperimen itu adalah sama dengan dakwat kekal yang akan digunakan SPR dan telah dicalitkan atau diletakkan pada mana-mana jari seseorang itu, maka individu berkenaan tidak lagi akan dibenarkan mengundi pada PRU-13.

"Justeru, kita menggunakan peluang keemasan ini (memberikan ingatan), jangan gadaikan, jangan biarkan mana-mana pihak untuk menggunakan peluang itu bagi kepentingan politik mereka," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian berikutan dakwaan ada percubaan pihak tertentu mengambil kesempatan menjelang pilihan raya untuk mengadakan eksperimen menggunakan sejenis dakwat yang dikatakan kononnya sama seperti dakwat yang dikeluarkan SPR semasa pilihan raya nanti.

Pihak terbabit mendakwa mereka hendak mengajar pihak tertentu di kampung-kampung, mukim-mukim, dan daerah-daerah kononnya dakwat seperti yang dicontohkan itulah yang akan digunakan semasa pilihan raya atau mengundi.

SPR sebelum ini memutuskan menggunakan dakwat kekal pada PRU-13 di mana semua pengundi wajib dicalit dengan dakwat kekal dan sekiranya enggan berbuat demikian, maka pengundi terbabit tidak diberi kertas mengundi. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan