Prof Dr Morshidi Dilantik Naib Canselor Unimas Yang Baru - Khaled

Diterbitkan: Isnin, 1 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pengarah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Jabatan Pengajian Tinggi Prof Dr Morshidi Sirat dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) yang baharu untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa hari ini.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Morshidi menggantikan Prof Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid yang tamat perkhidmatan pada Ahad lepas.

Morshidi, 55, anak kelahiran Sarikei, Sarawak dilantik ke jawatan itu berdasarkan pencapaian akademik, penyelidikan serta pentadbirannya sebagai Timbalan Ketua Pengarah IPTA yang dipegang sejak 2011, katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Morshidi, yang memiliki Ijazah Kedoktoran dalam bidang Geografi dari University of Southampton, England adalah juga lulusan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Desa dari Council For National Academic Awards/Glasgow School of Arts, Glasgow Scotland, dan Sarjana Ekonomi Perancangan Pembangunan Serantau, University College of Swansea, University of Wales.

Beliau juga pernah bertugas sebagai Pengarah Institut Penyelidikan Pengajian Tinggi Negara (IPPTN) selama sembilan tahun sejak 2002 hingga 2011, katanya. Mohamed Khaled berkata daripada segi pengalaman dalam mentabdir universiti, Morshidi pernah menyandang jawatan sebagai Dekan Penyelidikan, Pelantar Transformasi Sosial Universiti Sains Malaysia (USM) dan Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan universiti yang sama.

Beliau juga pernah menjadi profesor pelawat di Research Institute For Higher Education (RIHE), Hiroshima University, Jepun pada 2008 dan juga profesor pelawat Chubu University, Kasugai, Jepun pada 2000, katanya.

Menyentuh mengenai sumbangannya terhadap Kementerian Pengajian Tinggi, Mohamed Khaled berkata antara sumbangannya ialah membentuk dasar pengajian tinggi dan menjalankan kajian penilaian semula Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN).

"Selain melaksanakan strategi pendidikan tinggi sebagai alat diplomasi di rantau Asean dengan pendekatan 'soft power' melalui program Jangkauan Global Malaysia dan program "Engagement with Cambodia, Laos, Myanmar and Vietnam," kata Khaled. Katanya, Morshidi juga aktif dalam bidang penulisan dan penyelidikan dengan menghasilkan lebih 10 buah buku dan 150 artikel dalam jurnal berkaitan dasar pendidikan tinggi.

Beliau juga banyak terlibat dengan badan penyelidikan antarabangsa dalam penyelidikan tinggi seperti International Institute for Educational Planning; United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization(IIEP/UNESCO) Paris, Institutional Management in Higher Education; Organisation for Economic Co-operation and Development (IMHE/OECD) Paris, World Bank, UNESCO Bangkok dan Asian Development Bank (ADB) Manila.

"Kepakaran beliau dalam bidang pendidikan tinggi telah diiktiraf oleh beberapa jurnal ternama dunia berkaitan pendidikan tinggi," katanya.

Khaled berkata Morshidi juga adalah ahli sidang pengarang Higher Education-The International Journal of Higher Education Research; Studies in Higher Education Journal; Higher Education Policy; Journal of Asian Education and Development Studies; dan Section Editor, Higher Education, Muslim.science.com.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Dr Khairuddin yang telah membawa Unimas ke satu tahap yang membanggakan. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 28 Jun 2017 3:30 PM

Kenapa Amyra Rosli Geram?

Rabu, 28 Jun 2017 12:00 PM

Amboi... Nabil Tak Puas Hati Dengan Skrip?

Rabu, 28 Jun 2017 9:00 AM

Lucu... Kisah Raya Floor88

Selasa, 27 Jun 2017 3:00 PM

Ardell Dah Jemu Berlakon?

Selasa, 27 Jun 2017 2:25 PM

Siti Nurhaliza Pun Naik ETS Tau!

Selasa, 27 Jun 2017 9:33 AM

Hazman dan Eryn Raya Bersama?

Isnin, 26 Jun 2017 3:00 PM

Dapat Impak Ramai Penyanyi Bernama 'Wani'

Isnin, 26 Jun 2017 12:09 PM

Kisah Raya 3 Teruna

Isnin, 26 Jun 2017 9:30 AM

Selongkar Raya Zara Zya

Kolumnis

iklan

Iklan