Permohonan Wakil Pemerhati Di Luar Negara Di Buka Hari Ini - SPR

Diterbitkan: Isnin, 1 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mengemuka permohonan untuk menempatkan wakil pemerhati di pusat penyerahan dan penerimaan balik sampul undi pos di pejabat perwakilan Malaysia di luar negara, mulai hari ini.

Menurut kenyataan Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria, tarikh tutup permohonan ialah pada hari kelima selepas tarikh pembubaran Parlimen.

Beliau berkata pemohon mestilah warganegara Malaysia; berumur tidak kurang 21 tahun; dan dilantik oleh parti politik yang berdaftar dengan SPR atau NGO yang dilantik sebagai pemerhati tempatan. "Lantikan tidak boleh melebihi lima orang bagi sesebuah parti politik atau NGO, dan hanya seorang wakil pemerhati sahaja dibenarkan masuk memerhati proses penyerahan dan penerimaan balik sampul undi pos di Pejabat Perwakilan pada satu-satu masa," katanya.

Permohonan yang lengkap perlu dihantar kepada Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Aras 5, Blok C7, Kompleks C, Pihak Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62690 Putrajaya (u.p : Unit Pengurusan Undi Pos).

Kamaruddin berkata antara bidang tugas serta tanggungjawab wakil pemerhati ialah hanya memerhati proses penyerahan dan penerimaan balik sampul undi pos.

"Mereka juga perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan di sesebuah Pejabat Perwakilan dan dibenarkan memerhati dari tempat disediakan sahaja," katanya.

Selain itu, mereka dilarang mengambil gambar sepanjang proses pemerhatian; mengganggu proses penyerahan dan penerimaan balik sampul undi pos serta melakukan aktiviti yang boleh mencetus sebarang kekecohan; dan mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media.

"Pegawai yang bertanggungjawab di pejabat perwakilan berhak mengusir keluar atau menamatkan pelantikan mana-mana pemerhati yang melanggar syarat pelantikan dan akujanji," katanya.

Beliau berkata segala kos dalam menempatkan wakil pemerhati ditanggung sepenuhnya oleh parti politik dan pertubuhan masing-masing.

Sejumlah 16 NGO dilantik SPR sebagai pemerhati tempatan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) iaitu lima NGO dari Semenanjung, lapan bagi Sarawak dan tiga bagi Sabah. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan