Pencalonan Fauzi Tidak Goyah Semangat BN Rampas Indera Mahkota - MB Pahang

Diterbitkan: Isnin, 1 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pencalonan pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman untuk bertanding kerusi Parlimen Indera Mahkota di sini tidak akan menggoyahkan semangat Barisan Nasional (BN) untuk merampas kembali kerusi itu.

Beliau yakin BN boleh memenangi kembali Indera Mahkota dengan meletakkan calon yang tepat dan berpotensi.

"Datuk Fauzi adalah seorang yang sangat berpengalaman dan bekas ahli BN, tetapi...sokongan untuk beliau kini telah berkurangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek perpustakaan awam negeri di Kemunting di sini, Isnin.

Sabtu lepas ketika berceramah di Balok Makmur, dekat sini Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Fauzi sebagai calon parti itu di Parlimen Indera Mahkota pada pilihan raya umum ke-13 nanti, menggantikan penyandang Azan Ismail, yang akan bertanding di Terengganu.

Pada pilihan raya umum 2008, Azan mengalahkan calon BN, Salamon Ali Rizal Abdul Rahman dengan majoriti 1,027 undi.

Fauzi pernah menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari 1997 hingga 1999 dan pernah menjadi Ketua Bahagian Umno Kuantan. Pada 23 Julai 2008, Fauzi mengisytiharkan keluar Umno dan menyertai PKR.

Adnan berkata pencalonan itu juga bukanlah sesuatu yang mengejutkan, namun tidak mengambil perkara itu dengan remeh sebaliknya fokus akan diberikan dalam memastikan perpaduan di kalangan anggota BN terus kental.

Mengenai projek perpustakaan awam baharu itu, Menteri Besar berkata projek perpustakaan awam di tapak seluas 1,618 hektar dan menelan belanja RM45 juta itu dijangka siap tahun depan.

Beliau berharap orang ramai, khususnya pelajar akan memanfaatkan sepenuhnya perpustakaan yang boleh memuatkan 2,500 pengunjung pada satu-satu masa itu, apabila siap nanti. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan