PAS Patut Ambil Tindakan Terhadap Khairol Fahmi - Penasihat Agama PM

Diterbitkan: Isnin, 1 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Datuk Seri Dr Abdullah Md Zain, Penasihat Agama Perdana Menteri, berkata PAS patut mengambil tindakan terhadap Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemudanya Khairol Fahmi Mat Som kerana menghina Rasullullah SAW.

Katanya tindakan Khairol Fahmi melalui kenyataan dalam laman Twitternya baru-baru ini jelas keterlaluan dan biadap sehingga mengguris hati umat Islam dengan mengaitkan Nabi, hanya kerana marah terhadap Umno.

Khairol Fahmi mengambil contoh baginda Rasulullah SAW untuk mengecam Umno berhubung penayangan video seks yang dikatakan melibatkan pemimpin pembangkang.

Bagaimana boleh Nabi sebagai insan yang mulia dan sempurna ini dibandingkan oleh Khairol Fahmi dengan manusia biasa yang pastinya satu perkara yang tidak betul, katanya Abdullah kepada pemberita di sini pada Isnin selepas Majlis Mesra dengan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Cawangan Besut.

Beliau berkata PAS sudah terlalu jauh menyeleweng dan terpesong seperti yang pernah dikatakan oleh bekas timbalan presiden PAS Nasaruddin Md Isa sebelum ini.

"Saya harap pemimpin PAS balik ke pangkal jalan dengan tidak terus menerus berjuang dan mengeluarkan kenyataan berlandaskan emosi dan nafsu hingga akhirnya menjadikan Islam itu terlalu ekstrim dan tidak dihormati oleh bangsa lain di dunia ini," katanya.

Di KUALA LUMPUR, Setiausaha Veteran Umno Datuk Mustapha Yaakub pula menyifatkan tindakan Khairul Fahmi itu sebagai kurang ajar dan biadab.

Beliau berkata perlakuan itu jelas menunjukkan kegagalan PAS mentarbiyah (mendidik) pemimpin muda mereka. "Dia (Khairul Fahmi) juga tidak mempunyai sifat cintakan Rasulullah SAW. "Tahniah kepada Nik Aziz (Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) yang berjaya mentarbiyah Khairul menjadi seorang yang biadab dan kurang ajar," katanya dalam kenyataan.

Justeru, Mustapha berharap pemimpin PAS dapat menegur kesilapan pemimpin muda mereka itu dan tidak berdiam diri hanya semata-mata kerana benci dan marahkan Umno.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan