Kenyataan 'Video Seks Nabi' Di Twitter Perumpamaan Yang Disalah Tafsir - Mahfuz

Diterbitkan: Isnin, 1 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan Penolong Setiausaha I Pemuda Pas, Khairul Fahmi Mat Som mengeluarkan kenyataan 'video seks Nabi' di Twitter, dilihat Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sebagai perumpamaan yang telah disalah tafsir.

Mahfuz, dalam satu sidang media pada Isnin berkata apa yang ditulis oleh Khairul Fahmi pada 27 Mac lalu adalah bagi menggambarkan 'kejahatan Umno'.

"Dia (Khairul Fahmi)nak gambarkan Umno itu jahat, bukan dia kata Nabi Muhammad buat benda tak elok.

"Dia nak gambarkan (kejahatan) Umno sampai ke tahap itu. Kalau Nabi Muhammad ada dan lawan Umno, (maka) akan jadi mangsa fitnah," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PAS, di sini, Isnin.

Khairul Fahmi, dalam Twitternya telah menulis: "Kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan...jahanam UMNO."

Kenyataan beliau telah mendapat reaksi banyak pihak yang melihat ia sebagai satu perbuatan menghina Nabi Muhammad.

Mahfuz berkata, berdasarkan bahasa, beliau tidak melihat kenyataan itu sebagai keterlaluan.

"Apa yang keterlaluan? Dia bukan kata Nabi, dia kata kat umno. Kena faham bahasa...itu perumpamaan.

"Kalau perumpamaan pun tak boleh pakai kena beritahu Dewan Bahasa dan Pustaka dan pusat bahasa di universiti-universiti minta buang semua perumpamaan," katanya.

Menurut beliau, perkara yang sama berlaku terhadap Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang kenyataannya menyamakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seperti memberi hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam serta lembu.

Sementara itu, Khairul Fahmi menerusi Twitternya menafikan dakwaan menghina Nabi Muhamad dan akan memfailkan saman terhadap akhbar Utusan Malaysia yang dikatakan telah menyalah tafsirkan 'tweet' beliau.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan