Insiden Pencerobohan Tidak Jejas Persiapan PDRM Hadapi PRU13

Diterbitkan: Isnin, 1 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Insiden pencerobohan militan dari selatan Filipina tidak menjejas kesiapsiagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan aspek keselamatan negara di tahap terbaik menjelang pilihan raya umum ke-13.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Salleh Mat Rashid berkata polis siap sedia menghadapi pelbagai kemungkinan, cabaran atau insiden yang tidak dijangka menjelang pilihan raya umum itu.

"Sepatutnya, tumpuan yang tinggi diberi kepada aspek keselamatan untuk pilihan raya umum tetapi insiden pencerobohan itu tidak dijangka, namun kami sudahpun mengagihkan tugas-tugas tertentu dalam menangani setiap perkara yang mengganggu-gugat ketenteraman awam.

"Kami juga memberi penekanan kepada kawalan keselamatan, khususnya di mana-mana kawasan panas, termasuk di timur Sabah ini," katanya kepada Bernama selepas melawat beberapa kawasan bekas pertempuran seperti Kampung Tanduo, Kampung Tanjung Labian dan Kampung Tanjung Batu di Felda Sahabat pada Isnin.

Salleh berkata pihaknya akan melihat pendekatan yang sesuai dan patut diguna pakai semasa pilihan raya umum, termasuk di kawasan bekas pertempuran, bagi memastikan aspek keselamatan terus dipertingkat serta dikawal rapi.

Beliau berkata koloborasi dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus diperhebat di kawasan Operasi Daulat ketika pilihan raya umum, termasuk menambah anggota dan mencari formula kerjasama sepasukan yang berkesan serta teratur.

"Bagi kawasan lain, cabarannya berbeza kerana kami berdepan dengan sesetengah pihak yang cuba menimbulkan kontroversi dan provokasi.

"Itu sentiasa berlaku ketika musim pilihan raya umum, dan kami yakin dapat menanganinya dengan baik," katanya.

Mengulas tinjauan beliau, Salleh berkata tahap keselamatan di kawasan operasi adalah terkawal dan semua penduduk boleh pulang ke kampung masing-masing tidak lama lagi selepas operasi penggeledahan serta pembersihan selesai.

Beliau meminta penduduk setempat untuk segera menyalur maklumat jika melihat kelibat musuh menyamar sebagai orang awam atau penduduk kampung memandangkan kini tinggal saki-baki penceroboh di kawasan tertentu sahaja. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan