Berpolitik Dengan Penuh Adab & Sopan Mengikut Tuntutan Islam - Jakim

Diterbitkan: Isnin, 1 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha hari ini menasihati semua pihak supaya berpolitik dengan penuh adab dan sopan mengikut tuntutan Islam.

Dalam satu kenyataan, beliau meminta semua pihak sentiasa sensitif dengan kenyataan yang diberikan apatah lagi isu yang boleh dikaitkan dengan agama.

"Saya menasihati semua pihak khususnya (pemimpin) parti-parti politik walaupun tengah ghairah dengan pelbagai emosi, jadilah orang politik yang tahu beradab dan sopan.

"Mengaitkan baginda Rasulullah dengan rakaman video seks adalah menyalahi adab seorang Muslim. Perbuatan secara lisan atau bertulis amat tidak wajar kerana ini boleh dikategorikan semacam menghina, merendahkan dan mengaibkan Baginda," katanya.

Othman mengeluarkan kenyataan tersebut berikutan tindakan Penolong Setiausaha Satu Dewan Pemuda Pas Pusat Khairul Fahmi Mat Som yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. melalui twitter beliau baru-baru ini. Pada 11.58 pagi 27 Mac 2013 Khairul Fahmi yang menggunakan akaun twitter "Kalau Nabi Muhammad S.A.W. masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan...jahanam UMNO."

Kenyataan tersebut disifatkan sebagai menghina Rasulullah dan dikecam banyak pihak.

Mengulas tindakan Khairul Fahmi, Othman berkata dalam urusan politik, semua pihak diminta tidak menimbulkan kontroversi semata-mata kerana mengikut emosi tanpa memikirkan akibatnya.

"Tindakan mengaitkan baginda Nabi Muhammad S.A.W. dengan perkara-perkara negatif adalah (perbuatan) tidak bertanggungjawab dan tentulah satu fitnah dan penghinaan yang boleh menimbulkan kegelisahan dan kemarahan.

"Janganlah kerana marahkan orang lain sehingga sanggup mengaitkan Rasulullah dengan terminologi yang negatif," katanya. Ini penting bagi mengelakkan masyarakat memandang sinis kepada Baginda dan mencerminkan kejahilan seseorang yang mengeluarkan kenyataan sedemikian, kata Othman.

Katanya umat Islam mesti menjauhi penggunaan terminologi seperti ini kerana ia boleh menjejaskan akidah dan membatalkan pahala. "Semua orang (Islam) mengakui Rasulullah adalah junjungan, qudwah dan ikutan sehingga menjadi contoh kepada sejarawan dan intelektual di segenap lapisan tamadun.

"Sebagai ummah yang mencintai Rasul sepatutnya kita sentiasa menisbahkan selawat, salam dan doa kepada Baginda serta meminta syafaat," kata beliau. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan