Umat Islam Harus Ketepi Perbezaan Demi Islam - PM

Diterbitkan: Ahad, 31 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan kepada jemaah di Masjid Jamek Sri Petaling semasa melakukan ziarah di masjid berkenaan di sini, Sabtu malam. -fotoBERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan kepada jemaah di Masjid Jamek Sri Petaling semasa melakukan ziarah di masjid berkenaan di sini, Sabtu malam. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini hendaklah bersatu demi kepentingan agama Islam walaupun mereka berbeza pendapat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kepentingan umat Islam perlu dipertahan di negara ini.

"Walaupun kita ada perbezaan pendapat, tapi kita carilah cara untuk penyelesaian dan janganlah sampai kita merosakkan kepentingan Islam dan masa depan negara," katanya di depan 500 jemaah Masjid Jamek Seri Petaling sempena program ziarah masjid di sini Sabtu malam.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha serta Pengerusi masjid itu Zaid Abdullah.

Najib, yang tiba pada 8.50 malam berbaju Melayu coklat dan berkain pelikat, menunaikan solat Isyak dengan diimamkan Imam Besar Masjid Maulana Abdul Hamid Chin.

Najib bersama jemaah lain kemudian mendengar tazkirah ringkas berkaitan sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW oleh Ustaz Muaz Roslan, yang membaca kitab Hayatus Sohabah.

Masjid itu merupakan markas pergerakan Tabligh di negara ini sejak 1985 dan sentiasa dikunjungi jemaah dari seluruh dunia yang menjadikannya antara markas bagi melahirkan pendakwah Islam di negara ini.

Najib berkata kerajaan akan sentiasa membantu pergerakan dakwah di negara ini dengan apa sahaja cara yang boleh dilakukan bagi mempertingkat syiar Islam.

"Sebab itu, dalam apa jua keadaan, agama Islam mesti kita pertahankan, syariat Islam, kalimah Allah kita sucikan kerana inilah tanggungjawab kerajaan yang memperjuangkan syiar Islam," kata beliau yang turut meluangkan masa bersalaman dengan jemaah sebelum beredar. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan