Sokong Calon Pilihan PM - Nor Mohamed - Berita Semasa | mStar

Sokong Calon Pilihan PM - Nor Mohamed

Diterbitkan: Ahad, 31 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Calon yang dipilih oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertanding di mana-mana kerusi perlu mendapat sokongan daripada setiap ahli Barisan Nasional (BN), kata Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berjanji untuk memberi sokongan kepada mana-mana calon dipilih Najib untuk bertanding di kerusi Parlimen.

"Saya memberikan sepenuh sokongan kepada sesiapa saja yang dipilih, walaupun saya tidak dipilih," kata Nor Mohamed pada sidang media selepas merasmikan Jom Karnival Belia di Kompleks Belia dan Sukan, Batu Uban di sini, Ahad.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan