Pusat Pemeriksaan ICOS Beroperasi Di ESSCOM Selasa Ini - Hishammuddin

Diterbitkan: Ahad, 31 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Tiga pusat pemeriksaan Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) akan beroperasi di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mulai Selasa ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tiga pejabat sementara yang diwujudkan itu akan beroperasi di Lahad Datu, Kudat dan Pos Kawalan Imigresen Bersepadu Kerakit, Pulau Banggi.

"Dua belas kabin akan diguna sebagai pejabat sementara yang merangkumi enam kabin di ICQS Lahad Datu, empat kabin di Kudat dan dua di Pulau Banggi. Semua kabin telah tiba di lokasi Khamis lepas," katanya kepada pemberita ketika melawat tapak ICQS Lahad Datu di sini, Ahad.

Hishammuddin berkata, 14 pegawai akan ditempatkan sementara di setiap ICQS dan pos kawalan yang turut dianggotai unit Risikan dan penguatkuasaan Jabatan Imigresen. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan