PRU-13: 'Kehilangan' Jui Meng Diganti

Diterbitkan: Ahad, 31 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dr Ahmad Faidhi
Dr Ahmad Faidhi

JOHOR BARU: Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Dr Ahmad Faidhi kini mengambil alih tugas sebagai pengerusi negeri selepas Datuk Chua Jui Meng 'menghilangkan' diri.

Dr Ahmad berkata mesyuarat pada 20 Mac lalu memutuskan bahawa dia akan mengambil alih tugas pengerusi negeri sehingga Chua kembali.

"Secara rasmi, beliau (Chua) sedang bercuti tetapi kita tidak tahu sehingga bila," katanya pada sidang media di sini, Sabtu.

Selain itu beliau berkata kepimpinan PKR negeri akan bertemu dengan penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan PKR Johor pada 2 April ini.

Chua, bekas naib presiden MCA 'hilang' daripada mesyuarat PKR dan barisan kepimpinan pembangkang sejak Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengumumkan hasratnya pada 18 Mac lalu untuk bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Bakri sebelum digugurkan sebagai calon Barisan Nasional pada 2008, dilihat berharap untuk bertanding di kerusi yang pernah disandangnya serta kerusi Gelang Patah pada pilihan raya umum akan datang.

Sebelum Lim mengumumkan hasrat, Chua dan ketua DAP Johor, Dr Boo Cheng Hou juga bertelagah merebut kerusi Gelang Patah.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan