Pengerusi PKR Pahang Tanding Di Indera Mahkota

Diterbitkan: Ahad, 31 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Fauzi Abdul Rahman
Datuk Fauzi Abdul Rahman

KUANTAN: Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman diumum sebagai calon parti itu bagi kawasan Parlimen Indera Mahkota pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Fauzi akan menggantikan penyandang, Azan Ismail yang bakal bertanding di Terengganu.

"Fauzi adalah sahabat lama saya dan kita memutuskan beliau akan bertanding di Indera Mahkota," katanya ketika berceramah di Balok Makmur, dekat sini Sabtu malam.

Pada pilihan raya umum 2008, PKR memenangi kerusi kawasan itu menerusi Azan yang mengalahkan calon Barisan Nasional Salamon Ali Rizal Abdul Rahman dengan kelebihan 1,027 undi. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan