Pengerusi Hindraf Dimasukkan Ke Hospital Selepas Mogok Lapar Hari Ke-21

Diterbitkan: Ahad, 31 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Hindraf, P. Waytha Moorthy dimasukkan ke hospital selepas beliau jatuh pengsan berikutan mogok laparnya memasuki hari ke-21 bagi mendesak supaya keadaan yang lebih baik untuk masyarakat India di negara ini.

Timbalan Pengerusi Hindraf, W Sumbalingan berkata, Waytha hilang kawalan sewaktu berjalan ke bilik air pada kira-kira pukul 4 petang Ahad di Kuil Arulmigu Agora Veerabathirar Sanggili Karuppar di Rawang.

Beliau dibawa ke Hospital Pakar Damai di Jalan Ipoh sejam kemudian untuk rawatan perubatan.

"Laporan awal daripada doktor menyatakan beliau mengalami paras gula yang rendah dan tekanan darah tinggi. Beliau kini di bawah pemerhatian, kita masih menunggu untuk maklumat lanjut," katanya kepada The Star.

Di hospital, para anggota Hindraf dan MIC berkumpul di tingkat pertama bangunan itu.

Waytha memulakan mogok lapar pada pukul 7 malam 10 Mac, untuk meminta perhatian berhubung pelan tindakan Hindraf yang menuntut isu-isu parti politik yang dihadapi oleh masyarakat India di sini.

Dalam penjelasan itu, antara lain ialah isu-isu yang berkaitan dengan pekerja ladang India di negara ini, pendidikan sehingga ke peringkat pengajian tinggi untuk pelajar India, peluang pekerjaan di sektor Kerajaan, dan pembiayaan kewangan kepada usahawan India.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan