PAS Kedah Umum Calon Selepas Parlimen Dan DUN Bubar - Azizan

Diterbitkan: Ahad, 31 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: PAS Kedah hanya akan mengumumkan senarai calonnya selepas pembubaran Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Azizan yang juga Menteri Besar Kedah berkata, pengumuman calon tidak perlu dilakukan secara tergesa-gesa sehingga menghapuskan elemen kejutan.

"Kenapa perlu tergesa-gesa. Pengumuman calon ketika dekat pilihan raya akan menjadi satu kejutan dan orang memang suka kejutan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan watikah Ahli Lembaga Pengampunan Negeri Kedah 2013 di Wisma Darul Aman di sini, Ahad.

Azizan ditanya mengenai desas-desus Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan nama calon PKR bagi sekurang-kurangnya dua kawasan parlimen dalam ceramahnya di sini malam Ahad.

Mengulas lanjut, Azizan berkata, senarai calon PAS juga masih belum dimuktamadkan oleh ibu pejabat PAS.

"Selagi belum muktamad, saya tidak akan membuat sebarang pengumuman nama calon. Tak sepatutnya jadi isu siapa yang akan dinamakan sebagai calon. Tunggu sehingga dimuktamadkan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Azizan berkata, tidak perlu untuk PAS Pusat mewujudkan jawatankuasa bagi menyiasat insiden Timbalan Pesuruhjaya PAS 1, Datuk Phahrolrazi Zawawi 'dikunci' dalam kawasan sebuah sekolah agama dan dihalang daripada menyampaikan ceramah di Yan, yang merupakan kubu kuat Azizan, baru-baru ini.

"Laporan polis berkaitan perkara itu telah dibuat jadi biarlah polis yang siasat," katanya.

Beberapa cawangan PAS di Kedah telah meminta PAS Pusat untuk menyiasat insiden Phahrolrazi ditahan selama dua jam di sekolah itu ketika beliau sepatutnya menyampaikan ceramah di Kampung Kabu pada 16 Mac. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan