Badan Penulis Buku-Buku Ilmu Di Kalangan Pendidik Akan Ditubuhkan

Diterbitkan: Ahad, 31 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM) akan menubuhkan satu badan penulis buku-buku ilmu di kalangan pendidik bagi memperbanyakkan jumlah buku ilmu dalam koleksi penerbitan buku di negara ini.

Penasihat PPBMM, Prof Emeritus Abdullah Hassan berkata bilangan penulis buku ilmu dalam negara perlu diperbanyakkan setanding negara-negara luar agar bagi melahirkan sebuah masyarakat yang berilmu hasil pembacaan bahan-bahan penerbitan seperti itu mulai sekarang.

Katanya, negara sudah terlalu banyak menghasilkan penulis dalam bidang novel, cereka, cerpen dan drama yang berbentuk kreatif tetapi masih kekurangan dalam menghasilkan penulis buku-buku ilmu untuk menambah pengetahuan rakyat.

"Kebanyakan buku ilmu yang diterbitkan adalah hasil terjemahan penulis barat yang kebanyakan ilmunya berpandukan idea dan pengetahuan barat," katanya ketika menutup mesyuarat agung PPBMM yang diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM) pada Sabtu.

Justeru, katanya, satu usul telah diluluskan sebulat suara supaya PPBMM menubuhkan badan penulis buku ilmu di kalangan pendidik termasuk dari kalangan pensyarah dan pelajar universiti, institusi pendidikan perguruan dan guru sekolah yang kemudian boleh digunapakai sebagai bahan rujukan kepada pelajar dan murid di institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah.

Bercakap kepada Bernama selepas itu, Abdullah berkata dalam mesyuarat itu PPBMM meluluskan sebulat suara usul menjalin kerjasama persefahaman dengan universiti luar negara terutamanya dari Jepun, Korea Selatan, Jerman dan China dalam bidang bahasa mulai tahun ini.

Katanya, dengan usaha itu Bahasa Melayu boleh diperluaskan ke peringkat antarabangsa selain membuka peluang kepada anggota PPBMM mempelajari bahasa asing.

Sementara itu, Prof Madya Dr Hashim Othman dari USM mengekalkan jawatannya sebagai Presiden PPBMM bagi sesi 2013-2015. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan