PRU-13: Pihak Berkuasa Pantau Cubaan Huru-Hara

Diterbitkan: Sabtu, 30 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihak keselamatan sedang memantau dan membuat persediaan rapi bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk cubaan pihak tertentu untuk mencetuskan huru-hara semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Sambil menekankan kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba menimbulkan ketegangan, katanya beliau sudah berbincang dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berhubung perkara itu.

"Malah ketua-ketua polis negeri telah dipanggil untuk memastikan ia (sekiranya huru-hara berlaku) dapat ditangani dengan baik.

"Apa yang penting ialah kita membuat persediaan rapi bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini hari ini. Beliau dalam rangka lawatan dua hari ke pantai timur Sabah termasuk Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan.

Hishammuddin berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan yang dibuat Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) Datuk Adiwijaya Abdullah berhubung perkara itu di Kuala Lumpur semalam.

Adiwijaya dipetik sebagai berkata bahawa parti pembangkang dikesan cuba mencetuskan suasana huru-hara semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dengan tersebarnya risalah mengandungi cara untuk mewujudkan ketegangan di pusat-pusat mengundi di kawasan tertentu.

Menurut risalah itu, sasaran kekecohan ialah di kawasan Parlimen Gombak, Lembah Pantai, Permatang Pauh, Setiawangsa, Wangsa Maju, Bagan Serai, Bukit Katil, Muar, Pandan dan Sabak Bernam.

Adiwijaya juga dipetik sebagai berkata bahawa risalah itu didakwa menyebut saranan mewujudkan kekecohan di pusat mengundi dan mewujudkan twitter khas memperlekehkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Hishammuddin berkata pemantauan itu bukan hanya ditumpukan ke 10 kawasan Parlimen tersebut tetapi dibuat di seluruh negara.

"Kita mahu menentukan pilihan raya yang adil dan bebas di negara kita. Kita tidak mahu ada pihak yang cuba menimbulkan huru-hara. Kita mesti pertahankan sistem demokrasi yang kita amalkan selama ini," katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan akan timbul masalah semasa pilihan raya umum, khususnya di Sabah ekoran insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Hishammuddin berkata pencerobohan itu tidak akan menjejaskan perjalanan pilihan raya yang bakal diadakan tidak lama lagi.

"Memanglah pada peringkat awal ada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menyebarkan khabar angin yang sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan rakyat Sabah namun keadaan bertambah baik," katanya.

Hishammuddin berkata secara keseluruhannya keadaan di Sabah adalah tenang, selamat dan terkawal. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan