PRU-13: Pembubaran Parlimen Mungkin Hanya Selepas Pertengahan April - Berita Semasa | mStar

PRU-13: Pembubaran Parlimen Mungkin Hanya Selepas Pertengahan April

Diterbitkan: Sabtu, 30 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pembubaran Parlimen bagi membuka laluan kepada pilihan raya umum dilihat mungkin berlaku hanya selepas minggu kedua pada April apabila Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan akan menunaikan umrah pada minggu depan.

Sumber berkata, Perdana Menteri dijangka berlepas ke Arab Saudi pada 3 April selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet akan datang dan mengambil bahagian dalam acara berbasikal di Putrajaya.

Beliau dijangka pulang dua hari selepas itu.

Bagi orang Islam, umrah kadang-kala dilakukan untuk mendapatkan petunjuk sebelum membuat keputusan utama dan Najib, ia dijadikan sebagai upacara tahunan.

Spekulasi tersebar luas mengenai Perdana Menteri, yang akan menandakan tahun keempat beliau di pejabat pada Rabu depan, mungkin akan menghampiri ke lima penggal penuh dalam Parlimen pada masa ini, yang akan tamat pada 30 April, sebelum pilihan raya diumumkan.

"Kami sudah bersedia tetapi parti komponen Barisan Nasional dan jentera sentiasa boleh menggunakan mana-mana masa tambahan yang ada untuk memastikan bahawa kita akan bersedia sehabis baik untuk pilihan raya umum," kata Ketua Penerangan Barisan Nasional, Datuk Ahmad Maslan.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan tamat pada Khamis tetapi ia akan diikuti dengan tiga negeri sekiranya Perdana Menteri memutuskan untuk membenarkan Parlimen mencukupi penggal penuh.

Negeri-negeri itu ialah Pulau Pinang yang tamat pada 2 Mei, serta Kedah dan Terengganu, dengan kedua-duanya tamat pada 6 Mei.

Sejak beberapa hari lepas, Perdana Menteri telah mempengerusikan siri mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin parti komponen dan pemimpin negeri Barisan Nasional untuk memuktamadkan senarai calon.

Selain mengerjakan umrah, difahamkan bahawa Najib juga akan mengadakan lawatan singkat ke Brunei pada 24 April bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean.

Tiada Perdana Menteri Malaysia yang terlepas menghadiri mesyuarat itu kerana Asean adalah asas dasar luar negara.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan