Mungkin Ada Konspirasi Untuk Pecat Rajagopal - Azzuddin

Diterbitkan: Sabtu, 30 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azzuddin.
Azzuddin.

PETALING JAYA: Dakwaan terhadap jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Datuk K. Rajagopal di bawah peraturan artikel 88 Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diambil atas desakan baru dengan petunjuk perbuatan khianat dalaman.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mendakwa ia boleh menjadi sebahagian daripada konspirasi untuk memecat Rajagopal.

Beliau juga menegaskan bahawa media mungkin telah digunakan oleh pihak tertentu dalam FAM untuk melemahkan jurulatih kebangsaan yang berusia 56 tahun itu.

Komen jurulatih itu mengenai kurangnya penyerang tempatan di Liga-M telah ditafsirkan sebagai mengkritik liga kebangsaan.

Rajagopal didakwa membuat komen pada sidang media selepas perlawanan apabila pasukan kebangsaan ditewaskan oleh Arab Saudi dengan 4-1 dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam pada 17 Mac.

"Mungkin wujudnya plot untuk membuang Rajagopal dan media mungkin telah digunakan sebagai alat untuk mencapai matlamat ini," kata Azzuddin pada Jumaat.

Beliau berkata, terdapat pihak yang mempergunakan media untuk melakukan perkara ini untuk sekian lama, sambil menambah bahawa beliau tidak akan terkejut sekiranya ia adalah kes yang melibatkan jurulatih.

"Saya boleh mengesahkan bahawa Urus Setia FAM tidak terlibat tetapi mungkin sudah ada plot dalaman (FAM) untuk membuang Rajagopal," tambah beliau.

Bekas ketua perisikan tentera itu yang telah dilantik sebagai setiausaha agung pada tahun 2007, berkata bahawa jurulatih tersebut masih bertanggungjawab kepada jawatankuasa tatatertib FAM.

"Saya fikir kenyataan Rajagopal telah dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu. Kita perlu ingat bahawa beliau boleh mempertahankan dirinya dalam perbicaraan," kata Azzuddin.

"Rajagopal membuat satu kenyataan dan ia telah diterbitkan dalam media, dan di bawah peraturan itu, jawatankuasa disiplin menyiasat dan membuat keputusan.

"Kami mahu menunjukkan bahawa ketelusan yang diamalkan FAM dan sebab itulah kami memutuskan untuk meneruskan dengan pertuduhan terhadap Rajagopal."

Rajagopal, bekas penyerang kebangsaan, bermula sebagai jurulatih kebangsaan bawah-23, membawa pingat emas untuk pasukan semasa Sukan SEA di Laos pada 2009.

Ia adalah pingat emas pertama bola sepak yang dimenangi selepas 20 tahun.

Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai jurulatih kanan kebangsaan dan mengetuai pasukan kanan untuk kemenangan dalam Kejohanan Piala Suzuki Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) pada 2010 selepas 14 tahun.

Pada 2010, Rajagopal mengemudi pasukan Malaysia ke pusingan kedua Sukan Asia Guangzhou untuk kali pertama dalam tempoh 32 tahun.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan