MAS Terima Pesawat A380 Keenam - Berita Semasa | mStar

MAS Terima Pesawat A380 Keenam

Diterbitkan: Sabtu, 30 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pramugari MAS, Jeswinder Kaur (kanan) dan Diana Khairol (kiri) bergambar bersama pesawat A380 MAS yang keenam selepas ketibaan di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari kilang pengeluaran Airbus di Toulouse, Perancis, Jumaat. -foto AZMAN GHANI/The Star
Pramugari MAS, Jeswinder Kaur (kanan) dan Diana Khairol (kiri) bergambar bersama pesawat A380 MAS yang keenam selepas ketibaan di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari kilang pengeluaran Airbus di Toulouse, Perancis, Jumaat. -foto AZMAN GHANI/The Star

SEPANG: Malaysia Airlines (MAS) melancarkan pesawat Airbus A380 keenamnya yang merupakan pesawat terakhir melalui pembelian yang dibuat pada Disember 2003.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata pesawat itu juga menjadi pesawat A380 ke-100 yang dikeluarkan dari kilang pemasangan di Toulouse, Perancis.

"Pesawat yang telah lama ditunggu-tunggu telah tiba dan kami sangat gembira untuk menerima pesawat keenam ini," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Menurut MAS, pesawat itu berlepas dari Perancis pada Khamis sebelum tiba di Malaysia sekitar pukul 3.30 petang, Jumaat.

Dengan kapasiti 494 tempat duduk, MAS merancang untuk menggunakan kapal terbang ini sebagai sebahagian daripada dua penerbangan harian A380 ke London dan satu penerbangan harian ke Paris.

Turut dinyatakan, A380 juga akan melakukan penerbangan harian ke Hong Kong, bermula 1 Mei 2013.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan