Kelantan Lancar Pembinaan Stadium Baru - Berita Semasa | mStar

Kelantan Lancar Pembinaan Stadium Baru

Diterbitkan: Sabtu, 30 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Kerajaan Kelantan hari ini melancarkan pembinaan sebuah stadium baharu dan bandar sukan dengan peruntukan RM320 juta di Bukit Merbau di sini.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merasmikan majlis pecah tanah pembinaan stadium itu yang boleh memuatkan 45,000 penonton dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

Bercakap kepada pemberita, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri Datuk Husam Musa berkata kemudahan itu akan dibina di atas kawasan seluas 108.8 hektar. BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan