Kakitangan Pos Malaysia Terima Perlindungan Insurans Dan Bonus RM500 - Muhyiddin - Berita Semasa | mStar

Kakitangan Pos Malaysia Terima Perlindungan Insurans Dan Bonus RM500 - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 30 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kakitangan Pos Malaysia akan menerima perlindungan insurans dan bayaran ganjaran RM500 daripada majikan mereka.

Perlindungan insurans juga diperluaskan kepada keluarga mereka, manakala Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memberikan netbook kepada semua anak-anak kakitangan Pos Malaysia yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM pada tahun lepas.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang melawat Pusat Mel Nasional Pos Malaysia di sini, Sabtu.

“Dengan peruntukan sebanyak RM670,000 daripada Pos Malaysia, pelan (insurans) akan melindungi semua 16,191 kakitangan Pos Malaysia, serta ahli keluarga mereka, sekiranya berlaku kecemasan,” katanya.

Pelan itu akan melindungi kakitangan dan ahli keluarga terdekat sekiranya berlaku kemalangan, kematian dan kecacatan kekal.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan