Guan Eng Bidas Koh Sokong Tanda Putera Ditayang Secara Tertutup

Diterbitkan: Sabtu, 30 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membidas tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Koh Tsu Koon menyokong tayangan tertutup filem kontroversi, Tanda Putera.

"Saya kecewa dengan Koh. Saya faham bahawa beliau kini menghabiskan hari-hari terakhirnya sebagai menteri, tapi kalau hendak bercakap, biarlah masuk akal," katanya pada sidang media selepas melancarkan stesen televisyen Internet DAP, UbahTV. di pejabat DAP pada Jumaat.

"Koh sekali lagi membuktikan beliau adalah boneka dan perkakas kepada kerajaan," bidasnya.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, mendakwa Tanda Putera merupakan filem perkauman yang diterbitkan dengan tujuan untuk mencetuskan kebencian dikalangan masyarakat pelbagai kaum serta menggunakan fakta palsu dan kejadian yang sengaja direka-reka.

Jemaah Menteri sebelum ini membuat keputusan menangguhkan filem itu kerana terdapat babak yang tidak bersesuaian dan dikhuatiri boleh menimbulkan konflik dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dilaporkan berkata demi kebaikan antara kaum, Jemaah Menteri memutuskan penayangan filem itu wajar ditangguhkan sebab mengandungi babak yang mungkin menimbulkan konflik keras.

Filem sejarah itu yang diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), memaparkan kisah Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan Timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman memulihkan negara susulan peristiwa 13 Mei 1969.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan