Bank Negara Pantau Pengaliran Wang Keluar Bantu Pengganas - Awang Adek

Diterbitkan: Sabtu, 30 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Bank Negara Malaysia sedang memantau pengaliran keluar wang melalui sempadan Sabah yang disyaki bertujuan membantu kumpulan pengganas yang menceroboh Lahad Datu dan Semporna, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Katanya semua bank yang beroperasi di Sabah perlu melaporkan segera kepada bank pusat jika terdapat pengeluaran wang yang mencurigakan terutama dalam skala yang besar.

"Siasatan boleh dilakukan di bawah Akta Penggubahan Wang Haram dan akaun pengeluar boleh dibekukan jika mempunyai bukti," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau berkata pemantauan akan dilakukan secara lebih terperinci seperti memerlukan pengeluar wang menyatakan alamat penghantaran dan sebab wang itu dihantar untuk membendung perbuatan yang cuba membantu musuh negara.

Awang Adek berkata demikian sebagai mengulas kenyataan tokoh ekonomi Tan Sri Ramon Navaratnam yang berkata pengaliran keluar wang kepada pihak luar sukar dikesan melainkan proses itu dilaksanakan secara rasmi.

Ramon dilaporkan berkata proses itu sukar dikesan kerana pengaliran keluar wang boleh dilaksanakan dalam pasaran gelap mata wang iaitu aktiviti dagangan secara haram menerusi pos, dagangan akaun atau aktiviti penyeludupan.

Awang Adek berkata pihaknya tidak dapat menyekat jika pengeluaran wang dilakukan secara kecil-kecilan kerana ia bercanggah dengan dasar urusan perdagangan negara dengan antarabangsa.

Beliau bagaimanapun berkata, sekiranya pengeluaran wang dilakukan dalam jumlah besar iaitu sekurang-kurangnya RM30,000, pihak bank boleh melaporkan kepada Bank Negara untuk diambil tindakan.

"BNM pula akan membuat laporan kepada pihak berkuasa seperti polis bagi tujuan penyiasatan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan