Abdullah Yakin BN Tunjuk Prestasi Lebih Baik Dalam PRU-13

Diterbitkan: Sabtu, 30 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yakin bahawa Barisan Nasional (BN) akan menunjukkan prestasi lebih baik dalam pilihan raya umum akan datang berbanding dengan pilihan raya umum pada Mac 2008.

Abdullah berkata, beliau percaya bahawa program transformasi di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membantu memberikan lebih banyak sokongan kepada BN pada masa ini.

Menurut Abdullah, pemilihan akan datang dijangka akan menjadi salah satu daripada pilihan raya yang menyaksikan saingan sengit.

Beliau berkata, tidak ada yang perlu dirisaukan atau dikecohkan oleh rakyat Malaysia mengenai bilakah Parlimen dibubarkan.

“Perdana Menteri mungkin mempunyai alasan tersendiri untuk tidak lagi membubarkan parlimen.

“Apa pun selagi ia dalam tempoh yang dibenarkan, saya tidak melihat ada yang salah mengenainya,” kata beliau kepada para pemberita selepas merasmikan program masyarakat Jiwa Murni di Kampung Permatang Sintok di sini, Sabtu.

Abdullah, yang juga merupakan Ahli Parlimen Kepala Batas enggan mengulas mengenai sekiranya beliau mahu bertanding semula untuk mempertahankan kerusinya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan