SPR Tiada Kuasa Buat Peraturan Kerajaan Sementara

Diterbitkan: Jumaat, 29 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai kuasa untuk membuat peraturan berhubung kerajaan sementara, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata ini kerana tiada sebarang peruntukan di bawah perlembagaan dan undang-undang yang membolehkan SPR berbuat demikian.

"Jika SPR ada peraturan berhubung perkara itu pun, belum tentu lagi mereka akan patuhinya," katanya kepada pemberita mengulas pertanyaan sama ada SPR boleh merangka peraturan apa yang perlu dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh kerajaan sementara.

Bagaimanapun, SPR berpandangan setiap kerajaan negeri dan persekutuan wajar ada peraturan mengenai kerajaan sementara. Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meminta Pejabat Peguam Negara untuk menentukan segala garis panduan bagi sesebuah kerajaan sementara.

Dalam perkembangan lain SPR menyangkal dakwaan kononnya agensi itu tidak memberi maklum balas berhubung surat yang dihantar oleh anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, pada 4 Mac lepas berhubung 4,637 pengundi meragukan.

"SPR setakat pagi ini belum menerima surat yang diperkatakan itu, tak tahulah kalau lepas ini baru surat itu sampai. Jika surat sudah diterima SPR sudah tentu akan ambil maklum dan membuat semakan," katanya.

Semalam laporan mengatakan anggota Parlimen itu memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk membatalkan 4,637 pengundi yang didakwanya meragukan dalam Rang Daftar Pemilih dalam kawasan Parlimennya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan