Semporna 'Awal-Awal' Masuk Dalam ESSCOM - Musa Aman

Diterbitkan: Jumaat, 29 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata hari ini bahawa Semporna 'awal-awal lagi' telah dimasukkan dalam Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

"Saya ingin menjelaskan Semporna dari awal-awal masuk dan tidak pernah keluar (dari kawasan keselamatan)," katanya ketika mengulas kekeliruan berhubung Semporna tidak dimasukkan dalam pembentukan ESSCOM yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Musa, Pengerusi Zon Keselamatan Timur Sabah (ESSZONE), berkata Semporna adalah kawasan utama yang dimasukkan dalam ESSCOM merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.

Berikutan itu, Musa berharap tidak timbul lagi kekeliruan mengenai perkara itu.

Rabu lepas, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga anggota Parlimen Semporna membawa cadangan untuk memasukkan daerah Semporna dalam ESSCOM pada mesyuarat Kabinet.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik berkata kerajaan memperuntukkan RM200 juta untuk keperluan pasukan keselamatan di ESSZONE termasuk menambah aset pertahanan bagi memantapkan operasi di zon tersebut.

ESSZONE meliputi 10 daerah sebagai memberi asas perundangan kepada ESSCOM. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan