PRU13: DAP Lancar Ubah.Tv Mahu Jemput PM Jadi Tetamu

Diterbitkan: Jumaat, 29 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: DAP pada Jumaat melancarkan stesen televisyen Internet, Ubah.Tv bagi memudahkan pengundi mengetahui perkembangan terkini mengenai kempen serta aktiviti mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata portal berkenaan akan beroperasi secara langsung setiap hari sehingga hari pilihan raya.

"Ini merupakan satu usaha untuk memecahkan monopoli media massa yang dikuasai oleh Barisan Nasional (BN).

"Kita mahu kebebasan media menjadi budaya kita. Sebab itu DAP dan Pakatan Rakyat tolak 10 minit yang diberikan untuk bentang manifesto di RTM," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ubah.Tv di ibu pejabat DAP pada Jumaat.

Beliau berkata sebagai permulaan, mereka akan menjemput Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk sebagai tetamu.

"Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua akan hantar surat jemputan rasmi untuk Najib jadi tetamu pertama kita di Ubah.Tv. Jika beliau tidak mahu berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun tak jadi masalah," katanya.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata Ubah.Tv. akan menjadi medium alternatif yang akan menerangkan isu dan fitnah dilemparkan terhadap pakatan pembangkang yang dibesar-besarkan oleh media arus perdana.

"Memang benar UbahTV dimulakan oleh DAP , namun pada masa yang sama kita juga akan berkogsi berita daripada HarakahTv dan TV Selangor. Ia akan menjadikan UbahTv lebih interaktif kerana mempunyai pelbagai maklumat mengenai perkembangan politik semasa.

"Ini juga akan menjadi platform untuk kita menjelaskan perkara sebenar berbanding melemparkan fitnah semata-mata," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan