PM Sambung Perjumpaan Dengan Pengerusi Umno/BN Negeri

Diterbitkan: Jumaat, 29 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman melambai tangan kepada petugas media ketika memasuki perkarangan Kompleks Perdana Putra, Jumaat.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman melambai tangan kepada petugas media ketika memasuki perkarangan Kompleks Perdana Putra, Jumaat.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat meneruskan perjumpaan dengan pengerusi-pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Barisan Nasional (BN) negeri di pejabatnya di Kompleks Bangunan Perdana Putra di sini.

Perjumpaan yang diadakan sejak pukul 8 pagi itu, dipercayai bagi memuktamadkan senarai calon BN yang akan bertanding pada pilihan raya umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Antara yang kelihatan memasuki kompleks itu pada sebelah pagi, ialah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim.

Turut berada di kompleks itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Zainal Abidin yang memperlahankan kereta ketika keluar dan lalu di hadapan kira-kira 30 pengamal media yang menunggu seawal pukul 7 pagi, hanya berkata: "Semua ok", bila diminta mengulas mengenai pertemuan itu.

Shahidan turut menyatakan perkara sama, dan menambah: "Semoga Allah merahmati kamu semua.. Hidup BN".

Pada sebelah petang pula, kenderaan yang membawa Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Timbalan Pengerusinya Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dilihat memasuki kawasan kompleks, diikuti Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan