Mohammad Mentek Dilantik Pengarah ESSCOM Mulai 1 April

Diterbitkan: Jumaat, 29 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengarah Imigresen Sabah Datuk Mohammad Mentek dilantik sebagai Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mulai 1 April.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa ketika mengumumkan pelantikan itu hari ini, berkata Mohammad, 48, berpengalaman dalam bidang pembangunan dan pengurusan sumber manusia, kewangan dan keselamatan.

"Saya percaya kelayakan, pengalaman, pengetahuan serta kredibiliti yang dimiliki Mohammad akan membolehkan beliau menerajui ESSCOM dalam memastikan keselamatan negara dan ketenteraman awam khususnya di zon keselamatan khas ini sentiasa terjamin terpelihara melalui kemantapan tindakan penguatkuasaan undang-undang dengan mengambil kira perkembangan serta keadaan masa kini dan masa hadapan," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Mohammad berkelulusan Ijazah Sarjana Sains (Statistik) dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dari Minnesota University, Amerika Syarikat, menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Disember 1992 dan dilantik sebagai Pengarah Imigresen Sabah mulai 14 Ogos 2010.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Wilayah Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) Kampus Wilayah Sabah, Pengarah Imigresen Wilayah Persekutuan Labuan, Setiausaha Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Kementerian Dalam Negeri, Penolong Pegawai Kewangan Negeri Perak dan Penolong Setiausaha Cawangan Perjawatan, Perkhidmatan dan Latihan, Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos.

Penubuhan ESSCOM yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac lepas meliputi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.

Di KOTA KINABALU, Mohammad ketika dihubungi Bernama berkata beliau bersedia menggalas tanggungjawab besar yang diberikan untuk mengemudi pelaksanaan operasi keselamatan di pantai timur negeri ini.

Berterima kasih atas kepercayaan kerajaan terhadapnya, beliau berkata: "InsyaAllah, saya akan cuba melaksanakan tugas ini sedaya upaya, khususnya dalam memenuhi permintaan dan janji Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengikut tempoh yang ditetapkan dalam ESSCOM ini.

"Ini merupakan satu penghargaan kepada perkhidmatan awam yang dianggotai oleh pasukan keselamatan negara terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sebagainya," katanya.

Mohammad, yang akan melepaskan jawatan sebagai Pengarah Imigresen Negeri pada 31 Mac ini, bersyukur kerana telah menjalinkan hubungan baik dengan pelbagai jabatan dan agensi, termasuk PDRM dan ATM, selama beliau menjadi Pengarah Imigresen Negeri.

"Saya mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang dipanjangkan kepada saya selama ini dan berharap hubungan baik ini dapat diteruskan bagi menjayakan ESSCOM," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan