Michelle Yeoh Puji Usaha SFC Pulihara Penyu

Diterbitkan: Jumaat, 29 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Michelle Yeoh melihat seekor anak penyu yang baru menetas sebelum dilepaskan ke dalam laut. -fotoBERNAMA
Michelle Yeoh melihat seekor anak penyu yang baru menetas sebelum dilepaskan ke dalam laut. -fotoBERNAMA

SEMATAN (Sarawak): Pelakon filem antarabangsa Datuk Seri Michelle Yeoh pada Jumaat melawat Pulau Talang Besar, sebuah pulau di taman laut negara pertama Sarawak, Talang-Satang, untuk mempromosi usaha memulihara populasi penyu di negeri ini.

Kagum dengan usaha Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) itu, Yeoh berkata: "Usaha SFC ini sungguh luar biasa dan saya yakin, semua orang, termasuk media, akan terus memberi ikrar sokongan mereka untuk menjadikan program ini lebih berjaya.

"Usaha ini sangat penting. Seperti yang anda katakan, penyu Sarawak adalah penyu kita juga dan jika kita tidak melindunginya, ia (penyu) akan lenyap," katanya kepada pemberita selepas lawatan itu.

Kedatangan pelakon kelahiran Malaysia ini jelas sekali meningkatkan semangat petugas di taman laut berkenaan, lebih-lebih lagi apabila beliau menawarkan diri untuk menjadi jurucakap bagi mempromosi inisiatif pemuliharaan penyu yang dilaksanakan SFC.

Ketika lawatan itu, Yeoh melepaskan 17 anak penyu yang baru menetas ke dalam laut dan mengambil sebagai anak angkat 10 tempat penetasan penyu, yang mengandungi 800 telur, satu program anak angkat anjuran SFC.

Lebih menarik lagi, Yeoh menamakan setiap tempat penetasan itu dengan mengambil sempena nama anggota keluarganya seperti Sy Kai, Michelle Thompson, Caroline dan Christian Hu Hu.

Yeoh melakukan lawatan ke Kuching sempena Festival Anugerah Filem Antarabangsa dan ASEAN 2013 (AIFFA) selama tiga hari, yang berakhir esok.

Taman Negara Talang-Satang, yang meliputi kawasan kira-kira 19,400 hektar (19.4 km persegi), menerima 95 peratus daripada keseluruhan pendaratan penyu di Sarawak, terutama penyu hijau (Chelonia mydas). - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan