ATM Uji Prototaip AV8 Sebelum Pengeluaran

Diterbitkan: Jumaat, 29 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang menguji prototaip kereta perisai tempur generasi masa depan, AV8, yang diterimanya sebelum pengeluaran kenderaan itu dilaksanakan di negara ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Kita sudah pun menerima prototaip kereta perisai itu dan sedang menjalankan ujian. "Kita akan bina 257 kereta perisai dengan belanja sebanyak RM7.3 bilion. Pembinaannya yang bertempat dalam negara akan memberi faedah kepada 100 syarikat tempatan," katanya kepada pemberita pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (LIMA 2013) di sini, Jumaat.

Kereta perisai yang mempunyai lapan tayar itu dibangunkan dengan teknologi Turki dan sebuah kilang akan didirikan di Malaysia untuk mengeluarkan kenderaan versi tempatan yang dikenali sebagai AV8.

Ahmad Zahid berkata kesemua pembekalan kereta perisai itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 13 tahun.

Mengenai industri pertahanan negara, Ahmad Zahid berkata penglibatan lebih besar syarikat-syarikat pertahanan pada LIMA merupakan aras tanda bahawa objektif kerajaan sudah tercapai.

Katanya kerajaan mahu melihat lebih banyak industri berkaitan bidang pertahanan diwujudkan dan penglibatan aktif mereka dalam LIMA membuka banyak jalan dalam sektor aeroangkasa, maritim dan pembinaan kereta perisai.

"Dalam industri aeroangkasa sahaja, kita berjaya memperoleh sebanyak RM30 bilion hasil daripada MRO (Maintenance, Repair and Overhaul) dan pengendalian terhadap aset-aset dan kapal terbang untuk sektor pertahanan (sejak 1991)," katanya.

Untuk industri maritim pula, katanya, pembinaan Littoral Combat Ship (LCS) di limbungan Boustead Naval Shipyard (BNS) bakal memberi keuntungan kepada 200 syarikat tempatan yang bertindak sebagai vendor BNS.

Beliau berkata dengan penglibatan syarikat tempatan dalam industri pertahanan sejak 1991 ia membuka kira-kira 50,000 peluang pekerjaan kepada anak tempatan.

Untuk rekod, penglibatan syarikat pertahanan tempatan pada LIMA kali ini ialah sebanyak 226 syarikat berbanding pada awal penganjuran LIMA pada 1991 hanya tiga syarikat.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut berpuas hati dengan kehadiran pelawat perdagangan yang mencatat jumlah seramai 38,421 orang.

Mengenai kehadiran pengunjung pada pameran LIMA kali ini, Ahmad Zahid berkata setakat pada Jumaat lebih 50,000 pengunjung menghadiri pameran dan dijangka bilangannya akan bertambah pada hari terakhir, Sabtu. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan