24 Perjanjian Bernilai RM4.2 Bilion Ditandatangani di LIMA 2013

Diterbitkan: Jumaat, 29 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (dua kiri) berkenan mencuba Sniper IAR6940 (lightweight) di Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA '13) pada hari kedua di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) pada Khamis. Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (kanan). -fotoBERNAMA
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (dua kiri) berkenan mencuba Sniper IAR6940 (lightweight) di Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA '13) pada hari kedua di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) pada Khamis. Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (kanan). -fotoBERNAMA

LANGKAWI: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan 24 perjanjian membabitkan pelbagai aset dan perkhidmatan pertahanan bernilai RM4.2 bilion, ditandatangani antara Kementerian Pertahanan, syarikat industri pertahanan tempatan dan antarabangsa serta kerajaan negeri Pahang, pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2013 (LIMA 2013).

Beliau berkata ia termasuk enam kontrak kerajaan, tiga surat penerimaan oleh Kementerian Pertahanan, 11 Memorandum Perjanjian (MoA) dan empat Perjanjian Persefahaman (MoU) antara pelbagai pihak.

"Perjanjian yang dimeterai itu untuk memperkukuh industri pertahanan negara dan mewujudkan penempatan bagi syarikat-syarikat Eropah di Taman Teknologi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MDSTP) di Sungkai, Perak," katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian dan kontrak antara Kementerian Pertahanan dan beberapa syarikat pertahanan, di sini, Khamis.

Turut hadir ialah Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Mengulas perkara yang sama, Ahmad Zahid berkata sebanyak sembilan perjanjian ditandatangani membabitkan MDSTP bernilai RM2.7 bilion.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif MDSTP Sdn Bhd, pengendali MDSTP, Datuk Ahmad Faris Abdul Halim berkata taman pertahan tersebut dirancang untuk dibangunkan dalam tempoh 12 tahun menerusi tiga fasa, dengan fasa pertama dibangunkan dalam tempoh lima tahun, fasa kedua dalam tempoh empat tahun dan fasa ketiga dalam tempoh tiga tahun.

"Apabila dibangunkan sepenuhnya, dianggarkan kira-kira 50,000 peluang pekerjaan baharu dalam pelbagai aspek pembangunan, akan diwujudkan selain berpotensi menarik pelaburan bernilai RM15 bilion," katanya.

Antara perjanjian yang ditandatangani melibatkan onetti Aircraft Supports SpA (kerjasama dalam perkhidmatan Avionik), GEM Elettronica Srl (pembuatan dan pembaikan radar laut), Selex ES SpA (keselamatan ruang siber dan pesawat terbang tanpa pemandu) dan Universiti Genoa/Universiti Teknologi MARA (penubuhan Pusat Kecemerlangan pertahanan aeroangkasa program ijazah kejuruteraan dan teknologi hijau dan program pertukaran pelajar).

MDSTP juga memeterai perjanjian dengan CSF Advisers Sdn Bhd (pelaburan dalam pembinaan rangkaian pusat data), Duromac (M) Sdn Bhd (pembinaan dan hab penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih bagi jentera dan trak 8x6 dan 8x8), Armscor (pusat pembangunan produk senjata api pelbagai kelas dan senjata ujian kemudahan) dan Artimal De System Sdn Bhd (pusat pembangunan produk senjata api pelbagai kelas dan senjata ujian kemudahan).

Lain-lain perjanjian yang ditandatangani membabitkan IDS Ignegneria Dei Sistem SpA (kerjasama untuk sistem dan penyelesaian teknologi dalam pertahanan)dan Khadra Ventures Sdn Bhd untuk cadangan usaha sama pembinaan tiga fasa sistem penyejukan berpusat dan penyimpanan tenaga termal di MDSTP dengan anggaran nilai kontrak sebanyak RM580 juta.

MDSTP ialah kerjasama antara MDSTP Sdn Bhd dengan Kementerian Pertahanan (Mindef) menerusi perkongsian Awam-Swasta (PPP), untuk membina taman pertahanan nasional pertama di rantau ini. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan