Umno Shah Alam Bersikap Terbuka Siapa Tanding Asalkan Bawa Untung Pada BN & Rakyat

Diterbitkan: Khamis, 28 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Apa sahaja keputusan yang akan memberi keuntungan kepada Barisan Nasional (BN) untuk memenangi kerusi Parlimen Shah Alam, ia amat dialu-alukan, kata Ketua Umno Bahagian, Datuk Ahmad Nawawi M. Zin.

Beliau berkata, ia bagaimanapun bergantung pada keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Majlis Tertinggi parti.

“Bukan saya yang ada hak untuk beri ‘restu’. Saya hanya mengikut arahan dan menyerahkan keputusan itu kepada Perdana Menteri. Restu itu seharusnya diminta daripada Perdana Menteri sendiri, bukannya saya.

“Apa pun bagi saya, selagi ada keuntungan kepada parti untuk menang kerusi dalam pilihan raya nanti, saya amat mengalu-alukannya,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS III Selangor, Khalid Samad bahawa Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Ali perlu mendapat restu daripada Ketua Umno Bahagian sekiranya mahu bertanding kerusi parlimen itu.

Hasan yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia ketika ini sedang meneliti perkembangan politik semasa sebelum memutuskan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), dan beliau menyatakan bahawa beberapa pemimpin ulama PAS mencadangkan agar bertanding di Parlimen Shah Alam.

Ahmad Nawawi berkata, senarai calon BN untuk PRU-13 masih belum dimuktamadkan maka tidak diketahui siapakah yang akan bertanding di kerusi parlimen berkenaan.

“Saya tidak pasti adakah Hasan akan bertanding di bawah parti mana. Dan meskipun di bawah BN, atau parti bebas, itu terserah kepada Perdana Menteri.

“Bagi saya, selagi BN dapat menawan Selangor semula daripada Pakatan Rakyat, itu yang dialu-alukan. Tidak kiralah kalau Hasan jadi wakil parti bebas sekalipun yang akan mengecilkan peluang pembangkang dan akhirnya keuntungan itu berpihak pada BN untuk menang kerusi,” katanya.

Ditanya mengenai cadangan pemimpin ulama PAS kepada Hasan itu, Ahmad Nawawi berkata, beliau tidak pasti apakah tujuan mereka sekiranya benar.

“Saya tidak pasti apakah tujuan mereka (pemimpin ulama PAS). Kenapa pihak PAS mahu Hasan bertanding di kerusi yang kini dipegang oleh orang PAS?

“Mungkin ada agenda tersembunyi. Itu saya tidak tahu. Atau mungkin mereka ada alasan tersendiri untuk mencadangkan sedemikian kepada Hasan,” katanya lagi.

Hasan dalam kenyataannya pada Rabu turut menyatakan bahawa apa yang penting bagi beliau bukan kerusi DUN atau Parlimen ataupun bertanding dalam PRU-13, tetapi memastikan Pakatan Rakyat tidak diberi peluang oleh rakyat untuk menerajui mana-mana negeri di Malaysia.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan