PRU3: Bekas Pembantu Manoharan Intai Kerusi Kota Alam Shah

Diterbitkan: Khamis, 28 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah M. Manoharan bakal berhadapan dengan cabaran daripada bekas pembantunya pada pilihan raya umum kali ini.

Pesara, L.P. Selvam,60, yang juga sukarelawan di pusat khidmat Manoharan dari 2011 hingga 2012 akan bertanding di bawah lambang Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakatan ataupun calon bebas di Kota Alam Shah.

"Jika ada mana-mana parti termasuk BN membuat tawaran, saya akan menerimanya. Jika tidak saya akan bertanding sebagai calon Bebas," katanya kepada The Star.

Selvam yang juga Presiden Persatuan Bantuan Kebajikan dan Keadilan Selangor (Jawass), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang aktif di Klang berkata beliau hanya berminat untuk berkhidmat untuk rakyat.

"Saya tidak ada ada-ada sebab untuk bertanding menentang Manoharan. Saya hanya baru berkhidmat untuk masyarakat, dan penduduk mahukan saya kerana saya orang tempatan yang tinggal di sini sejak 55 tahun," katanya.

Selvam yang juga Ahli DAP berkata beliau akan meletakkan jawatan daripada parti selepas pembubaran Parlimen.

Ketika dihubungi Manoharan berkata Selvam telah berhenti daripada membantunya sejak Mei tahun lalu.

"Tidak ada alasan diberikan. Kami tidak pernah bergaduh. Saya mula menjauhkan diri daripada dia sejak saya dengan dia mahu bertanding sebagai calon bebas," katanya.

Bukan Manoharan sahaja yang akan berhadapan dengan cabaran daripada pembantunya.

Malah Adun Pandamaran Ronnie Liu juga dijangka akan ditentang oleh bekas pegawai khasnya, Tee Boon Hock.

Tee dipecat daripada DAP pada Julai 2010 selepas jawatankuasa disiplin parti mendapati dia menyalahgunakan kepala surat Liu untuk mendapatkan kontrak.

Liu telah menegaskan bahawa beliau tidak bersalah dalam isu berkenaan.

Sementara itu, seorang doktor gigi, Dr V. Nedunchelian, yang pernah menyatakan beliau akan bertanding sebagai calon Bebas telah menyertai PKR.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan