PRU-13: Khalid Samad Sedia Lawan Hasan Ali Di Shah Alam

Diterbitkan: Khamis, 28 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad mengalu-alukan bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali untuk bertanding merebut kerusi Parlimen Shah Alam pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang sekiranya beliau yakin mampu mendapat sokongan pengundi.

Malah katanya, keputusan sama ada Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor untuk bertanding di kerusi berkenaan atau tidak juga boleh menjadi kayu ukur bagi membuktikan kekuatan sokongan yang diuarkan-uarkannya sebelum ini.

"Kalau beliau kuat datanglah (bertanding) di Shah Alam. Itu hak beliau untuk bertanding di mana sekalipun," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Hasan yang mendakwa menerima saranan daripada pelbagai pihak termasuk di kalangan ulama PAS agar bertanding di kerusi Parlimen Shah Alam.

Bagaimanapun Hasan yang kini Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) berkata beliau masih belum membuat keputusan untuk bertanding pada PRU akan datang ataupun tidak termasuk status kedudukannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.

Mengulas lanjut, Khalid bagaimanapun sangsi dengan hasrat Hasan untuk bertanding di Shah Alam terutama sekali berhubung parti yang akan diwakilinya nanti.

"Saya pun tak tahu beliau nak bertanding wakili parti mana. Adakah BN (Barisan Nasional) nak bagi peluang kepadanya? Saya rasa beliau kena tanya Ketua Umno Bahagian Shah Alam dahulu untuk mendapatkan restu.

"Ataupun beliau nak bertanding atas tiket bebas dengan tujuan memecah undi supaya PAS kalah? Itu saya tak pasti...kita juga nak tahu ahli PAS mana yang masih sokong beliau seperti yang selalu didakwanya itu," katanya.

Pada PRU 2008, Khalid mengalahkan calon daripada BN iaitu Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin dengan majoriti sebanyak 9,314 undi.

Beliau memperoleh 33,356 undi berbanding lawannya yang menerima 24,042 undi.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan