Perkhidmata KTMB Dijangka Lewat 30 Minit Bagi Laluan Bank Negara-KL Pada Sabtu & Ahad Ini

Diterbitkan: Khamis, 28 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)menjangkakan berlaku kelewatan perkhidmatan trennya selama 30 minit bagi setiap perkhidmatan bagi laluan Bank Negara dan Kuala Lumpur pada Sabtu dan Ahad ini.

Kelewatan itu ekoran penyelenggaraan yang akan dilaksanakan mulai 12.01 pagi hingga 10 pagi pada kedua-dua hari itu, dan semasa kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan, operasi tren KTM Komuter di antara sektor Kuala Lumpur - Putra akan menggunakan satu landasan sahaja, menurut kenyataan akhbar KTMB di sini, Khamis.

Menurut KTMB, perkhidmatan tren bagi laluan Pelabuhan Klang - Batu Caves akan beroperasi di antara sektor Pelabuhan Klang - Kuala Lumpur dan Batu Caves - Sentul.

Sementara perkhidmatan bas 'shuttle' akan disediakan untuk kemudahan orang ramai bagi menampung ketiadaan perkhidmatan tren komuter antara Sentul-Kuala Lumpur-Sentul.

Manakala perkhidmatan tren bagi laluan Rawang-Sungai Gadut beroperasi seperti biasa, menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi Talian Khidmat Pelanggan KTMB di talian 1-300-88-5862. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan