Papar Gambar: Syed Ali Beri Tempoh Seminggu Kepada PKR Pahang Mohon Maaf

Diterbitkan: Khamis, 28 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee memberi tempoh seminggu bermula pada Khamis kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang untuk memohon maaf secara terbuka kerana meletak gambarnya pada poster sebuah program anjuran parti pembangkang itu.

"Saya beri tempoh seminggu untuk mereka membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi media cetak dan elektronik, jika tidak saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit," katanya di sini.

Syed Ali melahirkan rasa kesal, kecewa dan dukacita atas tindakan tidak bertanggungjawab PKR Pahang yang dengan sengaja memuatkan gambarnya pada satu poster ceramah/pidato Lahad Datu yang dijadualkan di Markas PKR Ranting Indera Mahkota 2, Kuantan malam Jumaat ini.

Beliau berkata poster itu turut dipaparkan dalam laman sesawang pahangdaily.blogspot.com.

"Sesungguhnya saya, secara sedar atau tidak, tidak ada kaitan dan tidak pernah terbabit dalam apa jua program anjuran pembangkang khususnya PKR Pahang, kerana jiwa dan perjuangan saya adalah untuk Umno, Barisan Nasional (BN) dan Malaysia," katanya.

Beliau menyifatkan perbuatan itu sebagai satu perbuatan khianat, sabotaj dan berniat jahat bertujuan untuk mencemarkan reputasi dan kredibilitinya selaku pemimpin politik dan ketua Umno Bahagian Cheras serta setiausaha badan perhubungan Umno/BN Wilayah Persekutuan.

"Perbuatan khianat dan tidak bertanggungjawab itu pada hemat saya, jelas bermotifkan politik dengan sengaja melakukan hasutan, provokasi dan cuba memecahbelahkan perpaduan di kalangan anggota Umno dan BN khususnya ketika bahang pilihan raya umum (PRU) ke-13 semakin hampir," tegas beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan