Papagomo Bukan Lagi Pengundi Pos - PDRM

Diterbitkan: Khamis, 28 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan bekas anggotanya, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang didakwa merupakan pengendli blog Papagomo masih dikategorikan sebagai pengundi pos walaupun ditamatkan perkhidmatan pada September 2012.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazarene berkata, dakwaan bahawa Wan Muhammad Azri merupakan pengundi hantu kerana didaftarkan sebagai pengundi pos dan pengundi awam di dua lokaliti berbeza adalah tidak timbul.

"Anggota ini tidak lagi tersenarai dalam rekod PDRM sebagai pengundi polis.

"Ia sekaligus menyangkal dakwaan mana-mana pihak bahawa perkara ini dibuat untuk mewujudkan senarai pengundi di dua tempat yang berbeza," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Wan Muhammad Azri adalah pengundi hantu yang boleh mengundi di dua tempat berasingan iaitu di Ampang dan Wangsa Maju.

Dakwa Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli, Wan Muhammad Azri yang juga Ketua Eksekutif KL POS Media & Production Sdn Bhd memiliki dua kad pengenalan iaitu sebagai anggota polis trafik dan turut mempunyai kad pengenalan awam.

Selain itu menurut Mortadza, pihaknya mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri adalah bekas anggota pasukan polis berpangkat konstabel dan pernah berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya mulai 1 Julai 2002 sehingga 30 November 2004 apabila ditangkap di atas kesalahan jenayah.

Setelah disabitkan bersalah, Wan Muhammad Azri dijatuhkan hukuman dan dikenakan tindakan tatatertib serta dibuang daripada PDRM pada 6 September 2012.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan