Hujan Ribut Rosakkan Empat Rumah

Diterbitkan: Khamis, 28 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Hujan ribut yang melanda Kuala Kedah petang Rabu merosakkan empat buah rumah di perumahan awam Taman Sri Pantai.

Seorang ibu tunggal, Noor Fiza Taib, 47, berkata beliau kerugian hampir RM8,000 akibat bumbung rumahnya diterbangkan ribut dan peralatan dapur rosak terkena air hujan dalam kejadian itu yang berlaku kira-kira pukul 3 petang.

"Saya seorang diri di rumah ketika ribut kuat yang disertai hujan lebat," katanya yang tinggal bersama dua anak perempuannya.

Beliau kematian suami 12 tahun lepas.

Warga emas, Oon Siew Eng, 77, berkata beliau terkejut mendengar bunyi angin kencang beserta satu dentuman kuat kira-kira pukul 3 petang semasa berehat di ruang tamu rumah bersama tiga cucu.

"Kami kemudian melihat air mencurah masuk di bahagian tengah dan dapur rumah," katanya yang mentaksirkan kerugian kira-kira RM3,000.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKKP) Taman Sri Pantai, Ku Ghazali Ku Sulaiman berjanji akan berusaha mendapatkan bantuan agensi-agensi kerajaan berkenaan untuk membaikpulih bumbung dan kerosakan lain empat rumah itu.

Katanya Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah, Datuk Abdul Mutholib Haron melawat mangsa lewat petang semalam dan menyampaikan bantuan makanan serta wang bagi meringankan bebanan mereka dan kain penutup sementara bumbung sumbangan Ketua Umno Bahagian itu, Datuk Latt Shariman Abdullah. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan