DUN N.Sembilan Catat Sejarah Terbubar Secara Automatik

Diterbitkan: Khamis, 28 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan terbubar secara automatik hari ini apabila tempoh mandat lima tahunnya berakhir tengah malam Khamis, sekali gus mencatat sejarah pembubaran DUN pertama secara automatik di negara ini.

Pembubaran itu berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri di bawah Fasal 56(3) yang menyatakan Dewan Negeri berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama dan kemudiannya dibubarkan kecuali dibubarkan terlebih dahulu.

Mesyuarat pertama DUN Negeri Sembilan berlangsung pada 27 Mac 2008 dengan agenda utama melantik Speaker dan upacara mengangkat sumpah anggota DUN.

Selama ini, DUN Negeri Sembilan dibubarkan lebih awal sebelum tamat tempohnya dengan tarikh pembubarannya dibuat mengikut tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum bagi kawasan DUN dan Parlimen di negeri ini diadakan serentak.

Memandangkan Parlimen belum dibubarkan lagi setakat ini, maka DUN negeri ini terbubar secara automatik tengah malam tadi berdasarkan fakta ia merupakan yang pertama bersidang berbanding DUN lain serta Parlimen.

Pilihan raya umum ke-12 diadakan pada 8 Mac, 2008. Sidang pertama Dewan Rakyat berlangsung pada 28 April, 2008.

Bagi DUN lain, Pahang mengadakan mesyuarat pertamanya tahun itu pada 7 April, Johor dan Melaka (21 April), Selangor (22 April), Perak (25 April), Perlis dan Kelantan (28 April), Pulau Pinang (2 Mei) serta Terengganu, Sabah dan Kedah pada 5 Mei.

Berikutan pembubaran secara automatik DUN Negeri Sembilan, pilihan raya untuk kerusi DUN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari mengikut peraturan pilihan raya.

Negeri Sembilan kini ditadbir kerajaan sementara di bawah Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sementara itu, Speaker DUN Negeri Sembilan Datuk Razak Mansor berkata beliau akan memaklumkan secara rasmi mengenai pembubaran secara sendirinya badan membuat undang-undang itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Khamis.

DUN Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi susulan pilihan raya umum ke-12 lalu dengan Barisan Nasional (BN) berjaya menubuhkan kerajaan selepas memenangi 21 kerusi manakala selebihnya dimenangi DAP (10), Parti Keadilan Rakyat (PKR)(4) dan satu oleh PAS.

Pada 11 Okt 2009, satu pilihan raya kecil diadakan bagi kerusi DU NN.31 Bagan Pinang berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor (BN).

Ia menyaksikan calon BN Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, memenangi kerusi itu apabila mengalahkan wakil PAS, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti undi 5,435. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan