Dr Mahathir Minta Rakyat Pilih Pemerintah Secara Bijak

Diterbitkan: Khamis, 28 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Rakyat negara ini diminta memilih pemerintah secara bijak dan tidak terikut dengan perasaan semata-mata bagi memastikan mereka tidak tersalah pilih pemerintah.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu rakyat tidak terlalu terpengaruh dengan kedaerahan, kaum, ideologi dan pihak tertentu ketika memilih pemerintah.

Katanya tentukan pemerintah yang dipilih mempunyai kewibawaan, pengalaman, mampu menjaga keselamatan negara, ekonomi dan sosial negara.

"Rakyat perlu matang dalam perkara ini dan kita tidak boleh mengikut perasaan semata-mata. Ini kerana ramai akan cuba menimbulkan perasaan benci kepada sesuatu dan kerana kebencian itu kita boleh membuat pilihan pemerintah yang salah," katanya pada 'Program Temu bual Bersama Radio Sandakan FM' yang bersiaran pada Khamis. Temu bual secara rakaman melalui telefon itu disiarkan pada 9.30 pagi bertajuk "Malaysia Negara Cemerlang Menjelang 2020".

Dr Mahathir berkata nilailah kebolehan sesebuah pihak itu - adakah mereka mampu melaksanakan pemerintahan yang baik dan memastikan Wawasan 2020 negara - menuju ke arah negara maju tercapai.

Beliau berkata jika memilih sebuah parti yang pendapatnya berbeza dengan Wawasan 2020 dan mereka ingin menunjukkan kebolehan mereka dengan memperkenal wawasan mereka, ia akan menyebabkan pergolakan berlaku dalam politik negara dan sudah tentu Wawasan 2020 dilupakan.

"Memang ini naluri manusia apabila berkuasa dia ingin menunjukkan kebolehan tetapi apa yang diperkenalkan itu tidak baik kepada kita.

"Justeru itu, saya berharap rakyat Malaysia berhati-hati memilih dengan cara bijak, menggunakan akal fikiran dan bukannya emosi," katanya.

Bekas perdana menteri itu juga meminta rakyat memberi penghargaan terhadap jasa yang ditunjukkan oleh orang tertentu dalam membangunkan negara, menyelamatkan negara dan menentukan rakyat hidup sempurna dan bahagia. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Rabu, 19 Julai 2017 7:00 AM

Shah Rukh Khan Kongsi Tips Mengurat Gadis!

Kolumnis

iklan

Iklan