SVTB1M Diperluas Kepada Balu Veteran Tentera

Diterbitkan: Rabu, 27 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperluas pemberian Sumbangan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) kepada balu atau duda veteran tentera sebagai menghargai dan mengenang jasa suami atau isteri mereka.

Bagaimanapun Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV) dalam kenyataan hari ini berkata kelayakan balu atau duda untuk menerima SVTB1M itu masih tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan yang terpakai ke atas veteran berkenaan.

Pemohon boleh mendapatkan borang pendaftaran SVTB1M di semua pejabat JHEV atau memuat turun borang melalui laman sesawang JHEV www.jhev.gov.my. "Borang itu juga turut diagihkan kepada semua persatuan, pertubuhan dan kelab veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara," menurut kenyataan itu.

Borang berkenaan perlu dikembalikan bersama-sama dokumen yang diperlukan ke pejabat JHEV dengan segera untuk diproses bagi membolehkan jabatan itu melaksanakan pembayaran secepat mungkin.

Pemohon akan dimaklumkan mengenai status permohonan mereka melalui pos dan ia boleh juga disemak melalui laman sesawang JHEV, menurut kenyataan itu lagi.

"Kementerian Pertahanan juga memohon perhatian serta kerjasama semua supaya borang pendaftaran SVTB1M dapat dilengkapkan mengikut tatacara dan panduan yang betul agar pelaksanaan proses pemberian sumbangan ini dapat berjalan dengan lancar," katanya.

Pada pembentangan Belanjawan 2013 lalu, kerajaan bersetuju memberi sumbangan sebanyak RM1,000 sekali bayar kepada 224,000 veteran ATM tidak berpencen mulai Januari. Permohonan untuk mendapatkannya dibuka sejak November 2012. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan